Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Kisah Kejayaan Alumni
15368
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-15368,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Kisah Kejayaan Alumni

Alumni UTHM telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Ikuti kisah kejayaan mereka untuk inspirasi anda.

PROF. MADYA DR. AFANDI BIN AHMAD

Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Pengetua Kolej Kediaman Perwira

  • Alumni 1997
Ketika saya mula mendaftar pada 1997 sebagai kumpulan pertama SPM, hati masih tidak ikhlas belajar di sini. Tetapi, di sini saya bertemu dengan maksud ikhlas yang ditunjukkan oleh ramai pensyarah yang tanpa jemu mendidik saya. Pastinya saya akan tetap kenang UTHM bukan hanya sebagai sebuah Universiti tempat saya pernah belajar, tetapi tempat yang mengajar saya erti kehidupan.

DATUK DR. PANG CHAU LEONG

Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran

  • Alumni 2010
  • Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional
Pengajian di UTHM merupakan satu perjalanan yang sangat istimewa kepada pelajar dewasa seperti saya kerana berpeluang mengadunkan pembelajaran akademi dengan pengalaman dalam perkhidmatan awam yang melebihi 25 tahun. UTHM terbukti berjaya menyediakan akses pembelajaran sepanjang hayat yang semakin penting dalam transformasi Malaysia menjadi negara maju.

PROF. DR. YUSRI B. YUSUF

Pengarah, Pejabat Antarabangsa UTHM

  • Alumni 1997
  • Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal
Sebagai alumni UTHM batch pertama yang kini berkhidmat dan menggalas tanggungjawab yang diberi. saya amat terhutang budi diatas usaha semua pihak yang berjaya memajukan dan menaikkan imej UTHM dari mula hingga kini. Bermotto Dengan Hikmah Kita Meneroka, saya juga amat berbangga dengan kecemerlangan UTHM yang telah melahirkan ribuan cerdik pandai dan usahawan berjaya yang membantu membangunkan negara.

DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN

Pengarah Pemantauan Projek

Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

  • Alumni 2010
  • Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kejayaan saya hari ini merupakan kejayaan bermakna buat UTHM bagi melahirkan graduan yang berilmu, cemerlang dan berdaya saing. Saya bangga menjadi sebahagian warga kampus UTHM. Untuk perkongsian bersama, Aliran TVET merupakan instrumen penting dalam Pembangunan Negara dalam menyediakan Sumber Manusia Mahir dan Berkemahiran Tinggi yang diperlukan segera. Melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang seimbang akan dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Terima kasih kepada UTHM keran melahirkan saya sebagai graduan TVET.

PUAN HJH. NORLIDA BINTI ABD. RAZAK

Pengarah, Polikteknik Sultan Haji Ahmad Shah

  • Alumni 1996
  • Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)
Berasal dari PLSP dan KUITTHO dan akhirnya UTHM, institusi ini sentiasa melaksanakan transformasi untuk bergerak seiring dengan perkembangan semasa, Alumni sebagai pelengkap sedia memantapkan UTHM.

PROF DATO’ DR AHMAD MUJAHID AHMAD ZAIDI

Dekan Pengurusan Akademik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

  • Alumni 2013
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Segala-galanya bermula dari sebuah impian, didikan, kemudahan dan harapan. Terima kasih UTHM.

AZIAN MD RASOL

Managing Director, MOHAZ Engineering & Technology(M) Sdn. Bhd

  • Alumni 1997
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) Dengan Kepujian
Pengalaman indah di PLSP yang sekarang ialah UTHM sangat berharga dalam hidup saya kerana banyak membantu kejayaan saya sekarang. Saya amat berbangga menjadi alumni UTHM. Saya percaya UTHM akan menjadi universiti yang disegani dikalangan Universiti di Malaysia.

LT. KOL. (PA) KAMAL BIN MOKHTAR

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sembilan

  • Alumni 2004
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) Dengan Kepujian
Syukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya kejayaan yang digapai oleh saya sekarang adalah hasil usaha UTHM yang tanpa jemu membuat penambaikan dalam sistem pendidikan telah berjaya mencetuskan justeru melahirkan graduan yang berilmiah, berjati diri serta mempunyai visi yang jelas yang menjadi penyambung kepada proses kemajuan negara kita ini. Saya bertuah kerana pernah menjadi anak didik yang telah dilahirkan oleh UTHM dan akan meneruskan usaha dan membantu masyarakat terutamanya di dalam konteks kesiapsiagaan awam.”

SYED ABD. FATAH BIN SYED ABD.KADIR

Managing Director

Redarial Resources Sdn.Bhd

  • Alumni 1997
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kejayaan saya hari ini merupakan kejayaan yang bermakna buat UTHM dalam melahirkan graduan berwawasan yang bersaing dalam genarasi globalisasi hari ini. Saya juga amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga kampus UTHM serta menjadi insan yang dpt membantu dan berjasa pada masyarakat setempat

IR. HJ. ROSLAN BIN HJ. HUSSIN

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal,

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan

  • Alumni 1997
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)
UTHM adalah gudang ilmu yang merupakan sumber inspirasi bagi saya menimba ilmu. Atas hikmah serta didikan yang diberikan oleh pensyarah UTHM amatlah bermakna buat saya sehinggakan berkat doa dari ibu abapa serta mereka, saya menjadi seorang yang berjaya sehingga kini. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pensyarah saya yang tidak sedikitpun berasa letih dalam menyampaikan ilmu buat kami semua.

ISMAWI BIN NGADALI

Pengurus Kanan Operasi dan Perolehan, Lembaga Zakat Selangor (LZS)

  • Alumni 1997
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal
Saya seorang bekas pelajar yang berusaha bersungguh sungguh tanpa rasa jemu di UTHM, setiap masa saya habiskan dengan perkara yang bermanfaat, mentelaah, mengulangkaji pelajaran, bersukan dan memelihara waktu solat adalah perkara utama dalam diri saya. Strategi pembelajaran saya lebih kepada belajar berkumpulan (Study Group) kerana disitu dapat berkongsi pengetahuan dan idea. Walaupun sibuk dengan pelajaran dan tugasan, saya masih ada waktu untuk bersukan. Waktu bersukan bermula selepas waktu Asar dan berakhir sebelum waktu Magrib. Stamina dan kecergasan perlu untuk membantu kita meningkatkan IQ kita. Kejayaan saya hari ini adalah berkat bimbingan pensyarah pensyarah UTHM yang membimbing saya tanpa erti jemu. Terima kasih yang tak terhingga untuk UTHM.