Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Selayang Pandang
15588
page-template-default,page,page-id-15588,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Selayang Pandang

Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE)

Sejarah UTHM bermula pada tahun 1993 iaitu bermulanya penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), kemudian dinaiktaraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1996 dan seterusnya Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) pada tahun 2000 dan ditukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2007.  Sehingga 31 Disember 2016  jumlah graduan yang diiktiraf sebagai Alumni UTHM telah mencecah bilangan 31,400 orang yang mana kini sedang bekerja di pelbagai sektor pekerjaan dalam dan luar negara.

 

Melihat kepada perkembangan dan kemajuan UTHM yang terus maju kehadapan, Pentadbiran Universiti pada  13 Mac 2003  telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Alumni yang ditadbir urus oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar  serta dianggotai oleh  beberapa Alumni UTHM generasi pertama pada ketika itu. Jawatankuasa ini yang bertanggungjawab dalam membuat kajian, menyusun, merancang pelan tindakan bagi memantapkan dan menubuhkan   unit yang bertanggungjawab dalam aktiviti berkaitan alumni serta  penghubung antara Universiti dan Alumni.

 

Rentetan daripada itu, Unit Hubungan Alumni (UHA) UTHM telah ditubuhkan pada 16 Jun 2006 sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah naungan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran Alumni UTHM. UHA terus berkembang mengikut peredaran pembangunan universiti dimana Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti Bi. 1/2008 yang bersidang pada 22 Januari 2008 telah meluluskan penukaran nama UHA UTHM kepada Centre of Alumni Advancement and Relations (CARE) atau dalam Bahasa Melayu  Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni yang lebih dikenali sebagai CARE UTHM.