Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Sekretariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas) teruja bantu pelajar kuasai ilmu asas matematik
16645
post-template-default,single,single-post,postid-16645,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Sekretariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas) teruja bantu pelajar kuasai ilmu asas matematik

Sekretariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas) teruja bantu pelajar kuasai ilmu asas matematik

BATU PAHAT 23 Mei – Seramai 33 Ahli Jawatankuasa Sekretariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas) teruja dapat berkongsi teknik dan formula mudah menguasai asas dalam mata pelajaran matematik bersama-sama dengan pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Puleh, Parit Raja sempena Program Khidmat Masyarakat Tuisyen Math Is Fun And Easy (MIFE) yang berlangsung pada setiap hari Jumaat bermula dari 10 Mac hingga 12 Mei 2017.

Program anjuran UTHMas dengan kerjasama Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni (CARE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu telah disertai oleh seramai 60 murid yang terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6 sekolah berkenaan.

Ketua program, Muhammad Najmi Hani’e Afif Zulkifli berkata, program ini diadakan bertujuan untuk membentuk nilai murni dalam kalangan peserta di samping mengasah kemahiran kepimpinan dan sikap berani berkongsi untuk membantu murid-murid sekolah menguasai ilmu matematik dengan melatih mereka formula-formula mudah menguasai mata pelajaran tersebut.

“Alhamdulillah dengan adanya program tuisyen seperti  ini kami dapat  membantu dan berkongsi teknik asas pengiraan sifir dan darab kepada murid-murid terutamanya kepada mereka yang kurang menguasai subjek tersebut.

“Selain itu juga program khidmat masyarakat yang berjalan selama 8 minggu ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan lagi jalinan mesra mahasiswa dan mahasiswi alumni UTHM bersama murid serta masyarakat sekitar khususnya di Parit Raja,” katanya ketika ditemui dalam majlis penutup program yang berlangsung di dewan sekolah tersebut di sini, pagi semalam.

Majlis penutup serta penyerahan Sijil Penghargaan kepada sekolah dan Penyertaan Peserta program telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni UTHM (CARE), Prof. Madya Dr. Adnan Zainorabidin dan Guru Besar, En. Radzion bin Sarjo.

No Comments

Post A Comment