Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Sekadar suka-suka kini jana pendapatan sampingan melalui perniagaan Kek Batik
16898
post-template-default,single,single-post,postid-16898,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Sekadar suka-suka kini jana pendapatan sampingan melalui perniagaan Kek Batik

Sekadar suka-suka kini jana pendapatan sampingan melalui perniagaan Kek Batik

MELAKA 14 Ogos – Percubaan Izzatul Amira binti Mohamad Rohani, 24 tahun, alumni graduan tahun 2016, dari Fakulti Sains Teknologi Dan Pembangunan Insan (FSTPi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ­yang bermula secara suka-suka menghasilkan resepi kek batiknya sendiri kini telah mendapat sambutan memberangsangkan dan tempahan dari  penggemar makanan tersebut di sekitar negeri Melaka.

Ternyata, bermula dari niat awalnya hanya untuk menyediakan hidangan secara kecil-kecilan untuk santapan keluarga terdekat dan rakan-rakan telah membuka pintu rezeki buatnya apabila beliau selepas itu mula menerima permintaan dan tempahan secara kecil-kecilan pada peringkat awal perniagaan itu sekali gus kini menjadi sumber pendapatan sambilan selepas 3 tahun menjalankan perniagaan yang dikenali sebagai My Cake Batique secara atas talian bermula sekitar Oktober 2015.

Izzatul berkata, antara keistimewaan kek hasil tangannya itu ialah kek tersebut diberikan sedikit sentuhan rasa dengan menggabungkan rasa enak coklat yang terdiri daripada jenama coklat, bijirin dan biskut terkemuka antaranya seperti Kit Kat, Kinder Bueno, Nestum, Neslo, Nuts, Oreo dan Biskut Marie.

Jelasnya lagi, kek tersebut juga tidak dikukus atau dibakar tetapi bahan yang sudah diadun akan dimasak selama beberapa minit di dalam kuali sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam acuan kemudiannya dise­jukkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dijual kepada pelanggan.
“Antara produk laris My Cake Batique yang sering mendapat permintaan ramai pelanggan dengan harga berpatutan iaitu Kek Batik Biasa 250gram RM10, Kek Batik Nestum
250gram RM13 – 400gram RM20, Kek Batik Door Gift RM 5 dan Kek Batik Istimewa berbentuk hati dengan harga RM 35 sahaja, ujarnya kepada wakil Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni UTHM (CARE) yang hadir ke kediamannya di Bukit Beruang Bestari, Melaka untuk sesi temuramah alumni usahawan sempena Program Jejak Alumni Usahawan 2017.

Ditanya mengenai harapan dan visi untuk masa akan datang Izzatul menjelaskan beliau berharap dapat meluaskan lagi pasaran perniagaan My Cake Batique menerusi promosi penjualan secara vendor, promosi secara atas talian lebih meluas dan mengeluarkan lebih banyak jenis produk lagi sehingga dikenali masyarakat.

No Comments

Post A Comment