Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Majlis Jalinan Muhibbah Hi Tea Alumni Sarawak rapatkan hubungan alumni, industri
16913
post-template-default,single,single-post,postid-16913,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Majlis Jalinan Muhibbah Hi Tea Alumni Sarawak rapatkan hubungan alumni, industri

Majlis Jalinan Muhibbah Hi Tea Alumni Sarawak rapatkan hubungan alumni, industri

SARAWAK, 20 Ogos – Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni (CARE) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Jalinan Muhibbah Hi Tea Alumni Sarawak pada 20 Ogos yang lalu sempena Program Kembara Alumni Zon Sarawak 2017 yang berlangsung selama 4 hari bermula 19 hingga 22 Ogos 2017.

Majlis itu diadakan khas bagi mengumpulkan sebilangan besar kelompok alumni UTHM yang kini menetap di negeri Sarawak terutamanya di kawasan sekitar daerah Kuching. Majlis Hi Tea tersebut telah berlangsung dengan jayanya dengan mencatatkan kehadiran seramai kira-kira 50 orang alumni dari pelbagai sektor pekerjaan terdiri dari swasta, kerajaan, industri dan korporat serta wakil Pegawai Sumber Manusia dari “Top Company” di negeri itu yang turut dijemput sama memeriahkan lagi majlis yang diadakan di Dewan Ruai Gawai, Hotel Grand Continental, Kuching.

Selain berobjektifkan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dikalangan alumni dan alma mater, universiti melalui pejabat CARE turut mengambil inisiatif merapatkan lagi jalinan bersama industri dengan memberikan sijil penghargaan kepada wakil industri yang hadir sebagai tanda penghargaan di atas komitmen sumbangan mereka memberi peluang pekerjaan kepada graduan UTHM yang mana sekaligus membantu meningkatkan lagi peratusan Kebolehkerjaan Graduan (GE) UTHM.

Penyerahan Sijil Penghargaan Industri telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Asri Selamat kepada wakil industri  antaranya syarikat Pasti Nyala Sdn Bhd, Sarawak Energy Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR), Taiyo Yuden Sdn Bhd, X-Fab Sarawak Sdn Bhd dan Jurutera Perunding Wahba.

Intipati program turut diserikan lagi dengan sesi Soal Jawab dan Perkongsian Ilmu “Say What You Want To Say” oleh sesama rakan alumni yang hadir untuk berkongsi pengalaman kerjaya, kenangan belajar di UTHM dan perkongsian ilmu oleh alumni berpengalaman iaitu Ahmad Zaiwin Mohd Kassim, alumni 2004 kini merupakan seorang usahawan, aktif NGO Founder Koperasi Belia Inovasi Sarawak (KOBIS) dan alumni batch pertama, Ir.Wang Say Kwang kini merupakan Jurutera Awam di JKR Sarawak.

 

 

 

No Comments

Post A Comment