Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Majlis Jalinan Kasih Alumni Sempena Konvokesyen Ke-17 UTHM
16963
post-template-default,single,single-post,postid-16963,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-13.1.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Majlis Jalinan Kasih Alumni Sempena Konvokesyen Ke-17 UTHM

Majlis Jalinan Kasih Alumni Sempena Konvokesyen Ke-17 UTHM

Majlis Jalinan Kasih Alumni Sempena Konvokesyen Ke-17 UTHM telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 13 Oktober lalu di Dewan Terbuka UTHM dengan menyaksikan kehadiran kira-kira seramai 250 alumni dari sekitar kawasan Batu Pahat dan seluruh Negeri Johor khususnya.

Program yang dianjurkan pada setiap tahun pada setiap malam konvokesyen itu kali ini telah berjaya mengumpulkan alumni-alumni yang telah bekerja di dalam pelbagai sektor pekerjaan antaranya seperti industri, kerajaan dan juga usahawan.

Keistimewaan Majlis Jalinan Kasih Alumni pada tahun ini adalah tetamu alumni berpeluang untuk beramah mesra dengan lebih dekat bersama pengurusan tertinggi UTHM antaranya mantan Naib Canselor iaitu, Profesor Dato’ Dr. Ismail Bakar dan Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Asri Selamat, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Datuk Pang Chau Leong yang juga merupakan alumni UTHM.

Pada malam tersebut juga telah berlangsungnya Gimik Pelancaran Buku Pelan Strategik Alumni 2016-2025 yang telah siap disusun atur serta dikemaskini oleh Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni hasil dari sumbangan idea dan kepakaran oleh alumni-alumni UTHM pada Bengkel Pelan Strategik Alumni yang berlangsung Februari tahun lalu. Gimik tersebut telah disempurnakan oleh jemputan VIP pada malam tersebut diketuai oleh TNC HEPA.

Kemeriahan majlis malam itu dihangatkan lagi dengan persembahan daripada Al-Farabi Band yang dijemput khas untuk menghiburkan majlis dengan lagu-lagu berkonsepkan santai akustik. Salah seorang daripada ahli kumpulan popular tersebut adalah merupakan alumni UTHM iaitu saudara Kamarul Ariffin Bin Borhan Nordin
pencipta dan penyanyi lagu Kenangan Di KUiTTHO yang pernah tercalon di dalam Rancangan Muzik-Muzik sekitar tahun 2009.

Turut berlangsung sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Alumni kepada 20 alumni di atas kejayaan dan kecemerlangan mereka di dalam bidang pekerjaan yang diceburi.

Selain itu juga, turut disampaikan Sijil Penghargaan dan Tahniah kepada 2 orang alumni iaitu Dr. Nur Kamilah binti Yusuf dan Dr. Azlan bin Ahmad yang mana masing-masing merupakan Penerima Anugerah Khas Alumni Kategori Pelajar sempena Majlis Konvokesyen kali – ke 17 yang berlangsung pada 14 Oktober 2017.

Mereka juga adalah merupakan graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapakn atau Graduate On Time (GOT).

Di penghujung majlis telah berlangsung sesi cabutan bertuah buat hadirin yang hadir serta cabutan bagi kempen “Update And Win” anjuran CARE yang dilaksanakan bagi menggalakkan para alumni UTHM mengemaskini data maklumat peribadi terkini.

 

 

 

 

 

 

 

#persadajalinangemilang
#alumniUTHM
#fromalumnitofuturealumni
#proudtobealumniUTHM
#uthmjohor

No Comments

Post A Comment