Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Jemputan 20 Alumni VIP sempena sidang pertama Konvokesyen ke – 17
16973
post-template-default,single,single-post,postid-16973,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-13.1.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Jemputan 20 Alumni VIP sempena sidang pertama Konvokesyen ke – 17

Jemputan 20 Alumni VIP sempena sidang pertama Konvokesyen ke – 17

Seramai 20 Alumni jemputan khas VIP teruja dapat kembali semula ke alma mater setelah sekian lama meninggalkan UTHM dan kembali lagi pada kali ini untuk bersama-sama 4,272 graduan dari pelbagai peringkat pengajian disini sempena Majlis Konvokesyen UTHM kali ke 17 yang berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober 2017 di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM.

Jemputan khas alumni VIP kali ini membawakan kemanisan memori teristimewa buat mereka apabila dapat turut serta bergambar secara berkumpulan bersama-sama Canselor UTHM Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta pengurusan tertinggi UTHM yang terdiri dari Pro-Canselor yang juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Jamilus Md Hussin dan Naib Canselor, YBhg. Profesor Dr. Wahid Razzaly selepas selesai sesi pagi sidang pertama konvokesyen ke-17.

Alumni VIP turut berpeluang menggamit memori disamping melihat sendiri kemajuan pembangunan yang ada pada UTHM pada hari ini dengan mengadakan lawatan di kawasan tumpuan pada konvokesyen kali ini di sekitar perkarangan DSI serta ruang legar Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) yang mana dipenuhi dengan suasana kemeriahan konvokesyen kali ini.

Mereka kemudian turut berpeluang mengadakan kunjungan mesra 20 ke Pejabat Canselori, bertemu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof. Madya Dr. Asri Selamat.Semasa kunjungan tersebut alumni berpeluang beramah mesra bersama Prof. Madya Dr. Asri serta merakamkan detik-detik memori indah dengan mengambil rakaman swatafoto dari telefon pintar masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#persadajalinangemilang
#alumniUTHM
#fromalumnitofuturealumni
#proudtobealumniUTHM
#uthmjohor

No Comments

Post A Comment