Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Edisi Khas :Program Lambaian Alumni UTHM Sempena Majlis Konvokesyen 2017
16992
post-template-default,single,single-post,postid-16992,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-13.1.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Edisi Khas :Program Lambaian Alumni UTHM Sempena Majlis Konvokesyen 2017

Edisi Khas :Program Lambaian Alumni UTHM Sempena Majlis Konvokesyen 2017

Kaunter Pendaftaran SiSMA, Tracer Study dan BEM

Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kali ke -16 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober 2017, Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni (CARE) telah membuka kaunter Pendaftaran Sistem Maklumat Alumni (SiSMA), Gambar Alumni, Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Kaunter Board Of Engineering (BEM) dan Kaunter Cenderahati Alumni.

Kaunter Alumni yang dibuka bermula pada 9 hingga 19 Oktober lalu bertempat di Dewan F2 UTHM telah membantu seramai 4,272 graduan dari pelbagai peringkat pengajian di sini untuk melengkapkan dan mengisi dokumen-dokumen akhir sebelum mendapatkan transkrip dan sijil pengajian masing-masing. Cenderahati graduan untuk konvokesyen tahun ini adalah berupa Payung Edisi Khas Alumni, Button Badge, dan Pelekat Cukai Jalan Kenderaan.

 

 

 

 

 

Wall Of Fame Alumni” pamer alumni berjaya

Sempena Konvokesyen kali  ke -17 baru-baru ini CARE telah menyediakan ruang bergambar

buat graduan dan keluarga yang diletakkan di kawasan tumpuan semasa Majlis Istiadat Konvokesyen

yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) bermula pada 14 -16 Oktober.

Paparan Wall Of Fame Alumni kali ini bertemakan tentang Inspirasi Kejayaan Alumni  dari pelbagai sektor pekerjaan. CARE meletakkan 2 buah Photobooth di Ruang Legar Perpustakaan Tunku Tun Aminah serta  di sebuah Papan Iklan UNESCO .

 

Penerima Anugerah Khas Alumni UTHM (Kategori Pelajar) sempena Istiadat Konvokesyen ke-17

Sijil Penghargaan dan Tahniah kepada 2 alumni iaitu Dr. Azlan bin Ahmad dan Dr. Nur Kamilah binti Yusuf yang mana masing-masing merupakan Penerima Anugerah Khas Alumni Kategori Pelajar sempena Majlis Konvokesyen. Mereka juga adalah merupakan graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan atau Graduate On Time (GOT).  Sekalung pernghargaan dan Tahniah diucapkan dari seluruh warga universiti.

 

 

#persadajalinangemilang
#alumniUTHM
#fromalumnitofuturealumni
#proudtobealumniUTHM
#uthmjohor

No Comments

Post A Comment