Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Weekend Escape UTHMas
17177
post-template-default,single,single-post,postid-17177,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-13.1.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Weekend Escape UTHMas

Weekend Escape UTHMas

Weekend Escape anjuran Sekretariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas) dengan kerjasama Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni UTHM (CARE) telah berjaya mengumpulkan seramai 30 orang ahli sekretariat untuk berkumpul pada penghujung minggu di Pasir Lanun Camp & Chalet, penyabong Endau Mersing.

Program yang berlangsung pada 16 hingga 18 November 2017 itu bermula dengan aktiviti “ice breaking” ataupun dikenali sebagai sesi pengenalan sesama peserta yang terlibat sebelum proses pembahagian kumpulan sebleum berlangsungnya aktiviti-aktiviti sukan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 3 hari program berlangsung antaranya Mind Game, Survival Water Confident, Kayak, Jungle Trekking, Senamrobik, Telematch, dan Malam Kebudayaan & Makan Malam BBQ.

Antara slot istimewa pada program itu adalah sesi perkongsian ilmu bersama Alumni UTHM yang juga merupakan pemilik Pasir Lanun Camp & Chalet iaitu En. Abdul Halim bin Rahmat. Beliau merupakan alumni graduan tahun 2003 jurusan Kejuruteraan Awam.

 

 

 

 

 

 

#alumniUTHM #fromalumnitofuturealumni #proundtobealumniUTHM#persadajalinangemilang
#SoaringUpwards #UTHMJohor #25TahunUTHM #kamiUTHM #UTHMas

No Comments

Post A Comment