Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Alumni Leaders Talk UTHM Kampus Pagoh
17188
post-template-default,single,single-post,postid-17188,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-13.1.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Alumni Leaders Talk UTHM Kampus Pagoh

Alumni Leaders Talk UTHM Kampus Pagoh

Alumni Leaders Talk Series atau lebih sinonim dikenali sebagai Majlis Pra Alumni Perdana (MaPAP) 2017 telah berlangsung dengan jayanya di UTHM kampus Pagoh pada 14 Disember 2017. Majlis anjuran Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni dengan kerjasama dari Jabatan Kerjaya dan 3 buah Fakulti iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Diploma (PPD) & Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) itu telah berlangsung di Dewan Gunasama Auditorium 6, Kementerian Pendidikan Tinggi Hub Pendidikan Pagoh. Alumni Leaders Talk kali ini menampilkan alumni berjaya yang juga merupakan ikon belia negeri sarawak iaitu Ahmad Zaiwin bin Mohamad Kassim.

Program yang dilaksanakan Dwi Tahunan yang merupakan kali kedua perlaksanaanya selepas tahun 2015 lalu diadakan bertujuan bagi menghimpunkan bakal graduan di dalam satu majlis perkongsian ilmu dan taklimat bersama pengurusan tertinggi yang turut hadir terutamanya amanat dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Asri Selamat sebelum mereka meninggalkan universiti.

Program ini juga berjaya menghubungkan pelajar tahun akhir bersama panel alumni mentor yang diundang khas untuk berkongsi rahsia kejayaan dan pengalaman kerjaya beliau dalam bidang usahawan, kemajuan belia dan juga sektor korporat sebagai pengasas Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS).

 

 

 

 

 

 

#alumniUTHM #fromalumnitofuturealumni #proundtobealumniUTHM#persadajalinangemilang
#SoaringUpwards #UTHMJohor #25TahunUTHM #kamiUTHM

No Comments

Post A Comment