Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | JEJAK ALUMNI : MUHAMAD HASRUL BIN ISMAIL
Jejak Alumni Usahawan 2017
alumni,uthm,fkmp
16626
post-template-default,single,single-post,postid-16626,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Jejak Alumni Usahawan : Muhamad Hasrul bin Ismail

Jejak Alumni Usahawan : Muhamad Hasrul bin Ismail

UTHM-CARE terus komited menjejaki Ikon Alumni Usahawan 2017 bertemu alumni graduan 2009, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (FKMP)

En. Muhamad Hasrul Bin Ismail. Perjumpaan yang diadakan di pejabat yang beroperasi di bangunan Arked Mara, Pontian itu telah menemukan Team Redaksi Buletin Alumni bersama beliau yang kini merupakan Pengurus syarikat MF Multitech Enterprise. Syarikat iberkenaan menjalankan perniagaan perkhidmatan, pembersihan dan pembinaan bangunan. Selepas bergraduan beliau telah bekerja sebagai sebagai jurutera di Oriental Sheet Pile dan mempunyai pengalaman diberi tugas sebagai “Projek Coordinator” pada tahun 2009 di usia muda.

Ketika diterumamah beliau memberitahu, oleh kerana lebih selesa dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan ini beliau kemudiannya memilih untuk berhenti dan membuka syarikat sendiri dan secara tidak langsung ingin membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM sesi 2007/2008 memberitahu berdasarkan pengalaman dan semangat kepimpinan organisasi semasa belajar di UTHM banyak mengajar beliau seterusnya mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam menguruskan syarikat sendiri.

No Comments

Post A Comment