Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Jejak Alumni UTHM
Jejak Alumni Usahawan 2017
alumni,uthm,fsktm
16612
post-template-default,single,single-post,postid-16612,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive

Jejak Alumni : Mobile Book Cafe

UTHM-CARE kali ini telah menjelajah ke daerah Pontian, Johor untuk bertemu dengan usahawan alumni iaitu saudari Amirah Binti Othman yang kini menjalankan perniagaan kedai buku bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile Book Cafe.

 

Perniagaan yang dijalankan oleh graduan tahun 2011 dari Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UTHM ini telah beroperasi selama setahun membuat jualan buku dengan menjelajah ke sekolah-sekolah di sekitar negeri Johor.

 

Amirah ketika ditemuramah Team Redaksi Buletin Alumni memberitahu jualan secara terus melalui van ini merupakan sebuah idea dan inspirasi beliau dalam usaha mendekatkan peminat buku khususnya dari golongan pelajar-pelajar sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan dengan harga yang berpatutan.

 

Katanya lagi, buku yang dibekalkan semasa berkunjung ke sekolah-sekolah adalah berasaskan bahan bacaan ilmiah, novel, novel kanak-kanak, komik pelajaran dan pelbagai lagi buku yang mematuhi syariah.

Pada sesi temuramah itu, Amirah turut memperkenalkan kepada CARE sebuah buku motivasi terbitan beliau sendiri yang dikenali sebagai “Minda Kuasa 7” yang telah terjual hampir kira-kira 1500 naskah daripada 2000 cetakan yang dijual dengan harga Rm14.00 senaskah.

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga merupakan seorang “motivator” yang aktif mengadakan kursus ataupun program-program motivasi atas jemputan pihak sekolah.

Mobile Book Cafe ini telah menjadi satu fenomena baharu di Malaysia setelah menjadi viral dan bualan masyarakat khususnya dalam sektor pendidikan sehingga mendapat liputan berita di Televisyen, RTM dan Berita Harian.

No Comments

Post A Comment