Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | JEJAK ALUMNI : DR. MADI HERMADI ALUMNI ANTARABANGSA
Jejak Alumni Antarabangsa Indonesia 2017
alumni,uthm,fkaas
16621
post-template-default,single,single-post,postid-16621,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive

Jejak Alumni : Dr. Madi Hermadi Alumni Antarabangsa

Temuramah CARE bersama Alumni Antarabangsa daripada Indonesia iaitu Dr. Madi Hermadi Alumni graduan 2014 jurusan Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam.

Beliau kini berkhidmat sebagai Penyelidik di Institut Jalan Raya Dan Kejuruteraan, Kementerian Pekerjaan Umum Dan Perumahan Rakyat di Indonesia sejak dari tahun 1985.

 

Seterusnya beliau memilih untuk menyambung pengajian di Malaysia bagi sesi tahun 2008/2009 dan memilih UTHM sebagai tempat menimba ilmu di peringkat PHD atas dorongan keluarga dan rakan-rakan serta pensyarah di FKAAS.

Beliau turut memberitahu faktor persekitaran harmoni selain kemudahan lengkap dan terkini yang ada disediakan di sini memudahkan pelajar menggerakkan projek penyelidikan yang dijalankan semasa belajar.

 

Pada sesi temuramah ini Dr. Madi turut memberitahu CARE bahawa selama beliau belajar di sini banyak perkara yang dipelajarinya selain dari bidang akademik beliau dapat mengenali budaya masyarakat di Malaysia khususnya di Sekitar Parit Raja UTHM dan menjadi lebih kreatif selepas berjumpa dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa di negara ini.

Akhir kata yang dipetik pada pertemuan itu beliau menyeru kepada pelajar-pelajar di UTHM agar sentiasa bekerja keras dan bekerjasama dengan rakan-rakan pelajar yang lain tanpa mengira bangsa atau negara kerana itulah prinsip yang dipegang teguh untuk terus berjaya sehingga hari ini.

No Comments

Post A Comment