Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Jejak Alumni : D’ Safiyya Cafe
15945
post-template-default,single,single-post,postid-15945,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Jejak Alumni : D’ Safiyya Cafe

Jejak Alumni : D’ Safiyya Cafe

UTHM-CARE meneruskan program bersiri Jejak Alumni Usahawan 2017 yang telah menjejaki pasangan suami & isteri alumni yang telah memilih bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya mereka selepas tamat pengajian di UTHM.

Pasangan alumni yang ditemuramah pada kali ini ialah En. Mohammad Khairul Izzat Bin Ariss alumni graduan 2006, Diploma Kejuruteraan Awam Dengan Teknologi, Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar (FKAAS), dan seterusnya melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP), 2010.

 

Manakala isterinya, Pn. Farah Hanim binti Ngah merupakan alumni jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP), 2010.

Pihak CARE telah berkunjung ke premis perniagaan yang diuruskan oleh Pn. Farah Hanim yang beroperasi di Bangunan Mara Batu Pahat untuk mengadakan tinjauan dan sesi temuramah untuk mendapatkan maklumat profil dan kejayaan alumni usahawan .

 

 

Saffiya Cafe’ merupakan sebuah premis yang mengeluarkan produk Bakery berasaskan biskut dan roti yang diedarkan di sekitar kawasn Batu Pahat. Cafe ini merupakan perniagaan yang berkonsepkan vendor di mana secara tidak langsung dapat mempromosikan dan membantu peniaga Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di cafe ini.

Antara perniagaan lain yang diceburi En. Izzat Aris ialah berkaitan dengan Sektor Pembinaan di bawah syarikat Antara Construction Sdn. Bhd.

Selain itu juga Izzat Ariss merupakan Pengarah Urusan sebuah syarikat pembinaan iaitu Nyala Group.

Turut dijalankan perniagaan Pengurusan Majlis dan Kebudayaan. Beliau turut aktif memegang jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Johor/ Penyelaran Kebudayaan Negeri Johor dan juga merupakan Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor.

Terima kasih di atas layanan mesra yang diberikan.

“From Alumni To Future Alumni”

No Comments

Post A Comment