Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Jejak Alumni : Chenta Watie Scarf HQ
15951
post-template-default,single,single-post,postid-15951,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Jejak Alumni : Chenta Watie Scarf HQ

Jejak Alumni : Chenta Watie Scarf HQ

UTHM-CARE meneruskan lagi program Jejak Alumni Usahawan 2017 di mana CARE telah mengenalpasti alumni yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan terutama di kawasan sekitar UTHM.

Pada kali ini CARE telah bertemu dengan pemilik perniagaan Butik Chenta Watie Scarf iaitu En. Hazree Bin Yaakob yang merupakan alumni UTHM graduan tahun 2001 Diploma Kejuruteraan Elektrik Dengan Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FK) dan seterusnya meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FKEE) tahun 2005.

Pada asalnya perniagaan ini bermula hasil daripada ilham isteri beliau, Pn. Irdawati Shamsuddin pada tahun 2013 yang pada ketika itu menjalankan perniagaan tudung secara kecil kecilan sehinggalah menjadi satu jenama yang dikenali pada hari ini.

Butik Chenta Watie Scarf HQ berpengkalan di Simpang Renggam, kini mempunyai 4 cawangan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Pasir Gudang.

Antara perniagaan lain yang turut dijalankan pasangan ini ialah Chenta Watie Design & Printing (Perkhidmatan Percetakan), Arena Sawit Setia Jaya dan juga Arena Kanopi.

 

CARE mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih di atas layanan mesra yang diberikan.. “From Alumni To Future Alumni”

No Comments

Post A Comment