Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Let’s Bowl Alumni 2018 Alamanda
17205
post-template-default,single,single-post,postid-17205,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-13.1.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Let’s Bowl Alumni 2018 Alamanda

Let’s Bowl Alumni 2018 Alamanda

Ahad, 21 Januari 2018 : “Let’s Bowl Alumni UTHM 2018” anjuran Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 19 pasukan Bowling yang melibatkan 76 peserta terdiri daripada Alumni UTHM dari pelbagai generasi (PLSP/ITTHHO/KUiTHHO/UTHM) yang bertanding bertempat di ARL Power Bowl Alamanda Mall Putrajaya pada 21 Januari 2018.

Pertandingan yang bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang itu telah dimenangi oleh kumpulan “DIVA” dengan kutipan mata sebanyak 2202 manakala tempat kedua oleh kumpulan “KUiTTHO Bowler” 2029 mata dan tempat ketiga diduduki oleh kumpulan “QWTF” 1869 mata.

Acara yang berlangsung santai dan meriah ini telah dianjurkan buat julung kalinya bagi peringkat Zon Tengah dan berjaya mengumpulkan sumbangan endowmen dari pihak alumni, korporat dan juga swasta sebanyak RM2,140.

*Info Pertandingan*
Juara : RM 800
Naib Juara : RM 600
Ketiga : RM 400

*Penajaan Hadiah & Wang Tunai*
IMP Network (Syarikat Alumni)
CSK Murni Sdn. Bhd. (Syarikat Alumni)
Chenta Watie Scarf (Syarikat Alumni)

Syarikat Swasta
Sutra Kreatif
Robby Photo
Pucuk Pakis

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penaja-penaja kerana turut membantu menjayakan “Lets Bowl Alumni UTHM 2018”.

Penyampaian Hadiah 10 Pasukan Terbaik :
1. DIVA
2. KUiTHHO BOWLER
3. QWTF
4. POLY PD
5. IO ASSASIN
6. BEDAL JE
7. EX-PMU
8. EX-PARIT KINGRIAN
9. PJSB
10. JIWA PARIT RAJA

Kategori Individu Terbaik :
AZIZI (DIVA) 628 Pin

Spesial Bowler :
M. Hafizzudin (TENPIN MAFIA)

 

#letsbowlalumniUTHM2018
#fromalumnitofuturealumni
#AlumniUTHMterbaik #persadajalinangemilang
#SoaringUpwards #UTHMJohor #25TahunUTHM

No Comments

Post A Comment