Media Sosial
Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni | Bengkel laporan kajian pengesanan graduan KPT 2016
16905
post-template-default,single,single-post,postid-16905,single-format-standard,ecwd-theme-bridge,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.1.1,wpb-js-composer js-comp-ver-5.0.1,vc_responsive
 

Bengkel laporan kajian pengesanan graduan KPT 2016

Bengkel laporan kajian pengesanan graduan KPT 2016

NEGERI SEMBILAN, 24 Ogos – Satu Bengkel Penyediaan Buku Laporan Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Data 2016 telah dianjurkan Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni (CARE) bertempat di Hotel Avilion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan selama 3 hari dari 24 hingga 26 Ogos lalu.

Bengkel itu bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penghasilan buku tersebut serta menganalisis data dapatan yang diperolehi daripada Sistem Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2016 versi UTHM di samping menilai pandangan dan pengalaman graduan terhadap aspek utama di universiti yang merangkumi pengajian, kemudahan dan juga perkhidmatan.

Menerusi penganjuran bengkel itu, para peserta terlibat terdiri daripada wakil-wakil fakulti dapat menganalisis maklum balas yang diberikan oleh graduan UTHM 2016 kerana ia penting bagi pihak univeristi untuk memberikan perhatian serta membawa perubahan yang membina khususnya kepada Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.

No Comments

Post A Comment