logo
Social Links
CARE UTHM | Piagam Pelanggan dan FAQ
15607
page,page-id-15607,page-template-default,ajax_fade,page_not_loaded,,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive
 

Piagam Pelanggan dan FAQ

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh 5 minit.

 

  • Menjalankan satu program perkongsian alumni bagi pelajar semester akhir setiap tahun sebelum tamat sesi pengajian.

 

  • Memastikan aduan alumni diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

  • Surat pengesahan alumni dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 

FAQ

  1. Soalan: Apakah Dana Endownment Alumni?

Jawapan: Endownment atau al waqaf ialah asset kewangan yang didermakan kepada institusi yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau harta modal yang cara penggunaannya telah ditetapkan oleh penderma. Dana ini telah ditubuhkan sebagai platform untuk memberi peluang kepada alumni UTHM untuk menyokong universiti. Dana ini diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada wakil-wakil dari pentadbiran UTHM. Sumbangan anda akan menunjukkan kebanggaan, komitmen dan semangat kekitaan ke universiti anda.

 

  1. Apakah faedah kepada penderma Tabung Endownment Alumni?

Jawapan : Keistimewaan yang diperolehi oleh penderma ialah layak diberikan pelepasan cukai pendapatan menurut “Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. No.Warta Kerajaan 764 bertarikh 30 Januari 1997” dan pelepasan cukai pendapatan ini tertakluk kepada had pelepasan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

  1. Soalan: Sebagai alumni, bagaimana saya boleh menyumbang ke arah Universiti?

Jawapan: Anda boleh membantu dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti atau dengan menyumbang idea atau program ke arah memperkaya pengalaman pembelajaran semua pelajar. Bantuan lain termasuk derma, tajaan, kepakaran dan sukarelawan perkhidmatan. Apa sahaja sumbangan anda mereka adalah dialu-alukan.

 

  1. Soalan : Apakah syarat graduan bagi bergelar Alumni UTHM?

Jawapan : Alumni UTHM adalah pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian dan

disahkan oleh SENAT universiti.

 

  1. Soalan: Saya masih seorang pelajar di Universiti, saya boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti alumni?

Jawapan: Ya sudah tentu. Kami percaya bahawa ikatan antara alumni dan pelajar bermula sebaik sahaja pelajar memasuki Universiti kerana anda akan menjadi alumni selepas menamatkan pengajian nanti. Alumni juga komited dalam menganjurkan latihan terutamanya dalam kemahiran insaniah dan program pembangunan kerjaya untuk meningkatkan pekerjaan di pasaran kerja selepas tamat pengajian. Kami berharap ini akan menanamkan kebanggaan di alma mater anda dan kemudian mungkin ingin membuat sebarang sumbangan ke arah mencapai kecemerlangan Universiti.